First Batch: Kolej Matrikulasi Kelantan..

Haiiii Guys!!

Sebenarnya first batch matrik tahun 2014 and here I am baru nak cerita sebab I don't have guts to start my first entry dalam blog huhu. I'm sorry! So I akan pecahkan kepada beberapa subseksyen so that senang y'all nak refer lah.. Hope you guys enjoy and find this helpful! 


PENEMPATAN

I apply matrik untuk first choice dekat Labuan then second dekat Penang and last dekat Kedah. Yes guys I memang nak apply jauh2 hahaha. But none of my choices dapat instead I dapat dekat Kelantan. I have never imagine pergi Kelantan and to stay there for one year?! I heard banyakla orang stereotype about penduduk kelantan and I taknak cakap banyak pasal ni sebab I'm sure semua orang well aware pasal tu. That's why I seraaammmm. So many thoughts came across my mind like macam mana I nak adapt? Macam mana I nak dapat kawan? Macam mana nak cakap loghat kelantan. All these hows buat I seram sampai I macam 'Habislah aku takkan ada kawan kat sana. Habislah... Setahun lone ranger' hahahahha what was I thinking dohh.. But yeah I manage to get through one whole year Alhamdulillah.. 

So bila dapat tahu I dapat kat Kelantan baru I tahu Kelantan ada matriks and I adalah first batch! Which is good sebab semuanya baru hahaha I dapat rasmikan everything kat sana. Bagus kan.. Jadi di sinilah bermulanya perjalanan saya as a student yang pertama kali jauhhh sangat dari family.. Stay tune guys..

ELAUN

Semua pelajar matrikulasi akan dapat elaun untuk setahun sebanyak RM2,500 which makes RM1,250 for one semester lah.. Being the first batch ada pros and cons nya. Ada baik buruknya. Dari segi elaun sebabkan ianya matrik baru, so pengurusannya masih barula kan.. Kitorang dapat elaun lambat sangat. At the end of cuti semester baru elaun masuk. Apalagi berjimba lahh hehehe.. Tak tahula sekarang sistem tu dah dibetulkan ke belum which I hope so sebab kesian to my juniors nanti humm...

Disebabkan elaun selalu masuk nak dekat cuti, setiap minggu kami satu kelas akan outing. Jalan2 semua tempat dekat Kelantan. I know awal2 tadi I cakap lone ranger kan hahahaha .. Alhamdulillah I manage guys! I did it! hahha I get a lot of friends and adapted successfully.

PEMAKAIAN

Dekat matrikulasi kelas Isnin - Jumaat. Everyday kena pakai BAJU KURUNG for GIRLS and KEMEJA for BOYS. Casual2 tak boleh yeee.. Tudung tak kisah as long as janganlah melebihi lecturer hahaha kang ada student ingat kau lecturer.

JADUAL

Masa batch I kelas Isnin - Jumaat dari 8 pagi - 5 petang. 5 times a week macam sekolah hahaha cuma sekarang I rasa ada pembaharuan hari jumaat setengah hari.. Will get back later!


Setiap batch akan ambil gambar macamni tau. Ni first batch mcmnila hasilnya. Warna cream2 tu semua student PEREMPUAN. Yang hijau2 hujung tu fasi. Haa? Korang tanya lelaki? Ada tu warna merah2 tu. Hahaha nampak kan ketidakseimbangannya.. 


Ni lecturer English. Baik dengan lecturer insyallah perjalanan korang mudah.


Lepak kat library. Dua orang ni yang paling rapat dengan I.



KELAB

Disebabkan i suuuukaaa sangat ambil gambar I masuk kelab fotografi. Kelab ni sangat2 aktif. Kitorang selalu juga pergi kursus2 fotografi dekat pahang. All sponsored. Tak payah keluarkan apa2 pun duit. Bawa baju and camera DSLR of course. As part of the club, kitorang ditugaskan untuk ambil gambar untuk semua event yang berlangsung kat matrik. Kitorang akan dipecahkan kepada beberapa group untuk cover beberapa tempat yang berlainan.

Ada satu event ni I tak ingat yang memerlukan kitorang cover agak besar jugala. So dorang provide basikal supaya senang nak ke sana sini. I ada masalah dengan basikal hahahha ada trauma. and cerita trauma I kepada basikal kelakar bila ingat semula! Kalau korang nak I ceritakan kisah trauma ni korang boleh komen 'nak' kayyy. Taknak la I syok sendiri je bercerita tapi orang taknak tahu hahaha.. So I tarik diri dari terlibat dalam event tu hanya sebab kena guna basikal hahaha..

At the end of the day kita akan dapat sijil banyak banyakkk. So be active!

BILIK


Yeahhh tu adalah Kolej Kediaman. Ada 4 blok Blok A, Blok B, Blok C and Blok D. I dapat Blok C. Blok A, B and C adalah blok perempuan. Blok D untuk lelaki. U guys can imagine lah betapa ramainya kaum hawa dan betapa sikitnya kaum adam hahahhaa. Dalam kelas I ada 2 je lelaki.. Mana semua kaum adam ya??? Satu blok tu pun xpenuh sampai tingkat atas hahha aduii..

Satu bilik ada 4 orang. Luas dan sangat selesa. Ada semua kelengkapan Ada locker sendiri, meja study and katil pun selesa. Roommate I ada orang kelantan, johor and perak. Alhamdulillah selesa berkawan dengan diorang sekaligus menghapuskan stereotype I kepada orang Kelantan. Bukan semua penduduk sana mcm kita fikirkan ya.. Take note! >_<



Ni kitorang panggil susur alur gajah yang menggabungkan kolej kediaman dengan kelas2. Agak panjang hahah sampai je kelas berpeluh-peluh. Tapi bila ada kawan rasa macam sekejap je perjalanan tu. So no worries kay! Tipsnya jalan dengan kawan2 cuma jangan korang jalan macam jalan korang sederet je. Kesian orang kat belakang nak jalan cepat tak boleh sebab korang. Jangan buat macamtu kay adik2. Mudahkan urusan orang <3 


OUTING

Awalnya Sabtu Ahad boleh je outing. Tapi lama2 pengurusan tukar regulation Sabtu outing untuk perempuan and Ahad outing untuk lelaki. Yela Kelantan very islamic which is good so that takdela peluang pelajar2 nak dating or berdua duaan di bulan purnama. Tapi hati2 jangan sampai kena block outing haaa. Kalau korang outing melebihi curfew korang akan dikenakan denda block outing 2 minggu. Curfew pukul 7 pm.. Psst: Kitorang satu kelas banyak kali langgar curfew and supposed to be block for outing tapi selalu terlepas hahaha sebab baru sangat kan sistem dia so banyak nak betulkan. So lucky for us kitorang selalu lepas hahhaa. Ni jangan ikut ya adik2... >_<


DENDA

Ada satu malam 2 kawan I ajak gi makan malam so I pun tukarla baju dan amik order roommate nak makan apa. Lepas je keluar kat kaki lima tangga dorang baling tepung. Rupanya sorang dah standby nak baling aduhh . hahha ye ye je aku gi amik order last2 dorang nak sambut my birthday. Tak cukup tepung dorang tuang air oiii habis aku jadi adunan kuih.. Sedang kami berhuha huha felo blok jumpa kitorang lantas kami dipanggil mengadap. Seram weii. I bukan budak nakal yang biasa kena panggil cikgu disiplin adoii. Felo pun amik gambar kitorang yang berlumuran dengan tepung dan dia marah2 huhu. Kami di block outing 2 minggu dan didenda bersihkan kaki lima tangga tadi. Kami pun bekerjasamala hahaaha. It was really a memorable night walaupun kena block dan kena marah.. hehe



CERITA MISTIK

Kalau korang taknak tau cerita mistik kat matrikulasi kelantan skip this part guys.. Sepanjang setahun I duduk kolej kediaman alhamdulillah tak pernah mengalami kejadian mistik kecuali benda kecil ni.. Tah pape pun ada hahaha.. Ada satu malam tu I nak terkucil, takdela lewat malam.. Awal lagi sebabtu I pegi sorang. Habis je hadas aku nak ke sinki cuci tangan la kan.. Tiba2 blackout wehhh. Aku sorang dalam tandas weii. Tak sedap hati langsung. Dah la baru baca cerita seram. Dalam cerita seram kan biasanya ada scene di mana nampak 'benda' tu dekat cermin kan. Aku pula depan sinki weii aku dah tak pandang cermin terus cari pintu keluar. Tangan pun tak jadi basuh. Lepastu kan ada scene di mana dah blackout dan2 pintu tak boleh buka walau macam mana pun kita tarik. Tapi Alhamdulillah takde apa pun berlaku.. Aku berjaya keluar dan terus masuk bilik.. Pengalaman tu pun dah cukup buat I berdebar. Bersyukur sangat tuhan tebalkan hijab.. kuhh semangat..

Ada satu lagi. Ni cerita dari mulut ke mulut jela.. Tak percaya pun takpe tapi jangan belagak pula. Sebab benda2 tu memang ada tanpa kita sedar.. Buat bodoh je kalau rasa pelik atau apa. Ceritanya di sini..


Ni adalah tempat basuh baju kat kolej kediaman. Ada la orang cerita malam2 dengar ada orang basuh baju lewat malam. Cukup bising cara dia basuh baju. Siapa pula nak basuh baju malam2 kan.. Aneh bukan?

KENDERAAN

Kalau nak outing macam mana nak keluar? Jangan risau sebaik saja korang lepas gate dah scan kad matrik, akan ada kereta sapu atau prebet2 akan tunggu kat luar. Dorang ni macam teksi la api tak bermeter. Ada standard price untuk ke mana - mana. Jangan risau sekarang pun ada Grab, MyCar. Pakai apps je! Untuk yang kaki jalan macam kitorang boleh guna khidmat sewa kereta. Kena pandai tanya2 la. Kitorang nak keluar memang akan sewa 2 kereta. Senang. Drive sendiri je nak pegi mana2. Pandu hati2 kay gais! Pandu cermat jiwa selamat. Ingat orang tersayang! >.^

SETAHUN ATAU DUA TAHUN?

Matrik sebenarnya satu tahun sahaja. Yang menjadikannya dua tahun adalah disebabkan korang tak lulus semester 1 sebabtu kena lanjut tambah setahun lagi. Haa lepas dengar ni belajar betul2 kay! TAPIIII, hanya aliran sains sahaja ada program 2 tahun. Maksudnya kalau aliran akaun fail semester pertama, mereka akan terus DI KELUARKAN dari program matrikulasi. Kategori fail adalah bila mana pointer korang 2.0 ke bawah or 2.5 ke bawah.

A NIGHT TO REMEMBER

Akan ada malam dinner untuk setiap modul dan blok. Ikutla tema apa setiap kelas nak letak. Masa kitorang ada 'Back To School', 'Retro', 'Arabian Night' and 'Fairytale'. Take lots and LOTSSS of pictures guys sebab korang akan rinduuuuu semuanya.. Bak kata orang 'Setahun bersama Sehayat terasa'. Begitu rapatnya kami.. Nak jumpa balik masing2 dah jauh2.. Dari lain2 negeri.. Hanya gambar menjadi memori..



Buka puasa


Itu jelah perkongsian yang I mampu ceritakan sebab dah laamaa baru nak update hahahha. But no worries kay nak tanya apa2 tanya je.. Sis bantu sebolehnya <3

Talk to you guys later! xoxo bye!  =)

Comments

Popular posts from this blog

Degree: UiTM Puncak Alam

Internship: Family Mart?!