Degree: UiTM Puncak Alam

Hi guys!!

Entry kalini i ceritakan pengalaman sambung degree selepas matrikulasi pula. Stay tune!


Lepas korang dah habis matrik kena isi UPU kan. Macam Yespiyemm (SPM) balik.. Isi la dengan bijaknya sebab kalau salah isi atau tak isi certain data sistem tu automatik tolak nama korang. Macam i, i tak isi matrik kat mana sebab kelantan tiada dalam senarai tu so i tak isi (kesilapan besar) yang menyebabkan i tak dapat mana2 penempatan. After i realised my mistake, i betulkan dan i dapat UiTM kampus Puncak Alam (Fuhh..)

Mentaliti kebanyakan orang bila kita cakap matrik je orang akan assume 'budak pandai' which is good and i am proud hahaha! Yela like kena belajar dengan sangat cepat for just 1 year! And korang lepas. Congrats! First thing bila dah dapat tempat kat UiTM korang kena buat medical check up and sediakan beberapa dokumen yang dipinta. Medical check up buat awal la kalau boleh jangan buat kat sana sebab RAMAI sangat2..

Psst.. Siapa warga selangor boleh apply untuk Hadiah Pengajian IPT maksudnya korang dapat masuk universiti kerajaan bagi RM1000!

KOLEJ

 I suka gila dengan kolej kediaman di puncak alam ni. Macam apartment. Satu rumah ada 4 bilik. 1 bilik ada 2 orang. Jadi satu rumah ada 8 orang penghuni. Yang paling best cawangan ni ada LIF!! Lif kat kolej kediaman and kelas. Semua ada lif. Setiap bilik di label A, B, C dan D. Dari sem 1 hingga sem akhir i memang suka bilik D haha tak tahu kenapa tapi i suka sebab dia paling hujung.

The best part lagi adalah korang boleh pilih bilik apa korang nak dengan siapa korang nak duduk. I know right!! Satu sem kena bayar RM 420 untuk kolej. Then bayar barang elektrik yang korang ada. Satu barang RM 10.

Kolej kediaman ada Kolej Baiduri dan Zamrud. Dua kolej ni untuk pelajar Seni Bina kt Alam Bina (bawah). Atas pula ada Kolej Casuarina, Angsana, Dahlia dan Rafflesia. I dapar Rafflesia. Sem 1 je dapat Casuarina. Casuarina selesa sikit kolejnya. Siap ada meja makan kat depan. Kolej lain takde. Pastu dia kolej baru. Dahlia pula lagi selesa dan lebih besar sikit tapi seksa nak pegi kelas la. Kena naik tangga haha.


Satu bilik 2 orang


Ni meja makan kolej Casuarina


Ni bilik casuarina masa i sem 1. Duduk sorang (gabung katil) since roommate i tangguh sem. So tinggal lah daku sendiri. T_T

WIFI

Wifi di sini agak pelik sedikit ya adik2.. Hakak terangkan satu2 ye.. Untuk kolej Rafflesia dan Angsana, korang kena beli usb (Petikan 1). Ada dijual kat koperasi sini. Connectkan hujung dengan laptop seperti Petikan 2 dengan soket internet yang terlekat dekat dinding bilik masing2. Satu bilik satu soket. So sharelah wifi dengan roommate masing2 ya.
Petikan 1


Petikan 2

Next, download aplikasi connectify di laptop. Fungsi connectify ni adalah once korang dah download connectify kat laptop, wifi kolej akan disebarkan melalui laptop untuk di connect dengan fon korang.  Contoh 

1) Mula2 set nama wifi kat connectify. 
2) Mulakan hotspot. 
3) Buka wifi fon
4) Cari nama wifi korang set kat fon
5) Connect and enjoy!

Untuk kolej Dahlia, Casuarina dan fakulti-fakulti, guna wifi kat situ je. Connect dengan 'studentuitmpuncakalam' then dia suruh daftar. Isi la nama and ic korang.

GROUP KELAS 

Group kelas korang kena pilih bila daftar subjek online. Daftar ikut code couse korang. Contoh code course i BM245 so i akan amik group semua subjek BM245. Jangan daftar masuk kelas lain unless kelas korang takde dalam sistem. Macam i first masuk taakde siapa beritahu so i decided to pilih kelas dengan jumlah pelajar yang sedikit. Yela kan, senang nak fokus hahaha. Sekali masuk semua lain course. Course i takdepun dalam kelas tu haha. Masuk sem 2 baru i tahu dan i get back kepada jalan yang lurus 😆 Yang bagusnya i masuk kelas lain2 adalah i kenal budak course lain dan bukan kenal course kita saja. So bagus juga tersesat haha..

JADUAL

Untuk tahu jadual kelas korang, tengok dulu subjek apa korang amik (code setiap pelajaran) daftar subjek dulu then pegi ke website ni http://icress.uitm.edu.my/jadual/jadual/jadual.asp . Pilih fakulti apa then cari code subject korang. Dari situ cari group kelas yang korang dah daftar. Ada masa, bila dan tempat bagi setiap code subject. Buat bende yang sama bagi setiap subjek ya.

KENDERAAN 

Pelajar yang dapat kolej dulu dilarang bawa kereta. Boleh bawa motor je. Tapi pelajar Semester 1 memang takboleh bawa kenderaan. Sekarang dah dibenarkan bawa kereta untuk student duduk kolej tapi parking tak boleh sebarang. Kena parking kat parking pelajar sahaja (agak jauh ye..) Korang kena apply untuk stiker uitm. Apply kat student portal dan ambil stiker kat pejabat polis bantuan kat alam bina selepas application diluluskan. 

PEMAKAIAN

Pemakaian bila dah masuk universiti dah tak strict macam kat matrikulasi. Dah boleh pakai casual asalkan mematuhi syarat pemakaian. Jangan menjolok mata. Setiap hari isnin digalakkan pakai baju kurung bagi perempuan. Lelaki biasanya hari jumaat pakai baju melayu atau kurta.

PENGANGKUTAN

Pengangkutan bagi sesiapa yang tak bawa kereta atau motor bolehla bawa basikal. hahaha gurau gurau. Gila kau nak naik bukit dengan basikal. Penat wehh.. Ada beberapa option sebenarnya either bas, uniride, grab atau last option tangga haha!


1) Bas
    Bas sekarang kat puncak alam alhamdulillah wehh dah ditambah. Tak macam dulu lagi. Bas akan        ada je. Cuma ramai nya student ya Allah!! Kena berhimpit sebab entahlah student ni tak berapa          pandai beratur agaknya. Naik bas kalau cash RM 1. Dan korang kena ada sekeping RM 1 sebab          pakcik bas takkan ada balance kalau korang nak tukar duit. Duit syiling pun boleh.. Kalau guna          kad touch n go dapat murah sikit RM 0.80.

2) UniRide
    Uniride ni macam grab atau teksi cuma takde application. Kereta uniride ada beberapa biji yang          akan beroperasi setiap weedays. Kereta2 uniride akan belegar-legar di sekita uitm. So kalau                nampak dan nak naik angkat tangan macam nak tahan teksi. Bayaran yang terkini pula ialah RM        1.50 sekitar uitm. Tapi RM 2.00 kalau nak pergi alam bina (fakulti bawah). Mahal sikit sebab              harga  minyak naiik dan memberi lebih keselesaan berbanding bas (obviously!). 

    Korang boleh book atau sewa kereta uniride ni. Call je nombornya atau pergi office uniride di              Cafe  Angsana. Uniride ada buat trip luar. So kalau korang nak balik nak minta hantar di Klang          Sentral atau KTM ke atau nak berjalan dekat Setia City Mall boleh sangat guna pengangkutan ni.        Selesa.

3) Tangga
     Yang ni last option la bagi aku. Penat nak mampuih oiiii. Tinggi gilo tangganya. hahaha yang ni           takde bayaran. Percuma je hahaha


There inilah tangga batu caves atau tangga kejayaan Puncak Alam. Atas warna oren tu Kolej Rafflesia. Sesiapa yang dah biasa daki batu caves tu aku rasa insyaallah takkan ada masalah hahaha. At least sekali la rasa daki tangga ni dah alang2 jadi student situ kan.. Rugi juga kalau tak pernah guna tangga ni..

PART TIME

Bagi pelajar2 yang ingin buat part time sambil belajar jangan risau sebab banyak peluang nak kerja dan sangat flexible ikut jadual korang. Antara peluang kerja part time adalah seperti berikut:

1) UniRide

Kerja sebagai driver as uniride ni berfungsi sebagai pengangkutan untuk students. Nak jadi driver kena tahu jalan la sama ada luar dan dalam uitm. Kerja senang. Dalam air-cond and duduk je. Kalau peramah boleh lah bercakap-cakap dengan passenger. Rate gaji ikut per jam yang korang boleh buat. Sangat fleksibal sebab korang boleh jadi driver bila free atau kelas cancel atau kelas takde. Sejam dapat RM 5. Kalau buat setiap hari 2 jam je pun takpe. Dapat RM 10. Buat setiap hari selama seminggu dapat RM 50. Konsisten sebulan buat setiap hari (weekdays) haa senang2 je dapat beratus. You guys do the math kay! Gaji dapat cash setiap kali lepas kerja.

2) Kitchen Assistant

Dekat setiap cafe ada beberapa kedai yang memerlukan pembantu. Satu jam RM 4 bayaran. Dapat cash lepas kerja. Makanan pun diberi kerja pun tak susah. 😊

3) Waitress

Since Puncak Alam dekat dengan Setia City Mall (SCM), ada beberapa job untuk jadi waiter yang serve2 orang makanan tu dekat SCCC. Ada sediakan transportation dari Puncak Alam ke tempat kerja. Jadi waiter bila ada event yang berlaku dekat SCCC tu. Kerja memang gaji tinggi tapi penat weii. Kerja ni paling memenatkan so far dalam banyak2 part time yang i buat. Event start malam tapi kita dah kena gerak dari Puncak Alam pukul 4 pm. Sejam dibayar RM 8 - RM 9. Gaji terus dibayar cash selepas kerja. Masa i ritu gerak pukul 4 pm diberi makanan (kena cepat sebab makanan limited 😢) Baju dapat kat sana. Lepas tukar baju makan lepastu event start pukul 8 pm. Yang ni memang sangat penat. Manager pun mulut longkang. Hati kena sado. Kerja-kerja sampai pukul 12 pm baru selesai semua. Lepastu tunggu bas. Dalam pukul 2 am jugak baru sampai Puncak Alam balik. I kerja ni sekali je i buat. Tak sanggup! Penat gila walaupun gaji banyak. Dengan balik lewatnya.. Sesiapa yang hati kental boleh buat part time ni kayyy!!

4) Dropship

Sekarang kan banyak barang2 agent2 yang boleh jadi dropship barang orang. Jual la and promote. Print poster letak kt setiap blok2 atau share kat group2 yang ada. Macam i, i jual samyang RM 5 dengan i buat servis delivery fast food. I tawarkan servis ni lebih murah dari orang lain sebabnya kesian ada orang takde transport nak kena bayar RM 5 per set and additional RM 2 for every ala carte! Mahal kan.. I tukar pricing dan alhamdulillah mendapat sambutan..

5) Coolblog

Coolblog ada dekat Cafe Angsana. Boleh apply kat sana and ada orang akan contact. Start with training dulu.. i ada apply and dah dipanggil untuk training tapi i tolak sebab rasa macam tak berbaloi. Habis je kelas pukul 6 pm masuk kerja sampai pukul 11 pm. So i takbuat kerja ni tapi wujud kerja ni so bolehlah grab pada siapa yang nak!

6) Pembantu Pasar Malam

Setiap sem ada banyak event yang akan berlangsung lebih2 lagi kat padang kawad. Nanti ada penjual2 yang buka gerai kat situ nak cari pembantu untuk tolong2 di kedai. Sejam biasanya RM 4. 


JARAK FAKULTI DENGAN KOLEJ KEDIAMAN

Mula2 memang akan terasa jauh tapi bila dah lama2 jalan dah setiap hari rasa dekat dah.. Cuma nak naik tangga memang jauh la. Dah rasa lama2 pun masih rasa jauh hahha. Naikla bas atau bawa la motor.

Goodluck sambung belajar! xoxo bye! =)

Comments

  1. Nak tanya.. Saya bakal masuk uitm palam hujung bln ni and saya dpt kos pndidikan.. Tapi kolej pnmpatan saya adalah kolej baiduri.. Apa pendapat cik mngenai ni sbb stahu saya jauh jaraknyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sememangnya jauh adikkuu.. Baiduri kolej bawah fakulti pendidikan kat atas. Awak boleh naik sama ada kenderaan sendiri atau bas atau uniride untuk naik. Ada je pelajar2 ulang alik dari atas ke bawah. Harap jawapan saya membantu =)

      Delete
  2. a very helpful writing, thanks a lot !! :)

    ReplyDelete
  3. utk sem 1 degree, mmg tk dibenarkan langsung bawak motor ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup dear. sem 1 tak dibenarkan bawa kenderaan langsung

      Delete
  4. Hi, nk tanye. Kalau degree, ade orientasi x? And kalau ade, brape lame ye? 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sorry lambat reply dear.. Ada orientasi. seminggu je.. Tapi as for me sbb i second intake so terlepas orintasi hehe

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. hi...nak tanya sikit...duk hostel ini sampai habis degree ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually kalau setiap sem nak duduk kolej kena kumpul merit. Akak setiap sem duduk kolej but final year nak merasa duduk luar so aku tak kumpul langsung merit so dapatla duduk luar hehe.. Duduk kolej best a lott of experience setiap minggu ada aktiviti kat padang kawad. Fight for merit kayy!!

      Delete
  7. Hai nk tny uitm palam ad diploma sains com tak?

    ReplyDelete
  8. Hi nak tanya, kalau diploma pemulihan cara kerja (sains kesihatan) duduk dekat hostel yang mana satu ya?

    ReplyDelete
  9. duk kolej ni merasa lah mcm2 pengalaman kan ...good info blog....btw akak share ya..kalau ade yg minat program under USPSI PENDIDKAN AWAL KANAK -KANAK-bole berhbung segera utk permohonan ..skrg ade open intake..wsp 011-16930576(intake and record department). nak tanya psl program tourism or logistik pun bole

    ReplyDelete
  10. nak tanya kalau kolej dahlia agak agak jauh jugak tak?

    ReplyDelete
  11. Nak tanya agak agak kalau kolej dahlia jauh tak? Ada disediakan lif ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi.. Ada lif kat kolej kediaman tapi dari kolej kediaman nak ke fakulti jauhhhhh gila hahaha ada tangga kejayaan T_T
      good luck kay..

      Delete
  12. Nak tanya Hadian Pengajian IPT tu boleh bukan anak selangor mohon? Ayh sye lahir selangor dan saya menetap di selangor hampir 14 tahun cumanye sye lahir di kelantan...layak ke saya?

    ReplyDelete
  13. Kalau bawa motor untuk guna Salam uitm je perlu lesen ke?

    ReplyDelete
  14. Haii nak tanya bilik tu tu kan boleh ke mintak sekali yang lain course or diorang tentukan

    ReplyDelete
  15. Nak tnya klau student fakulti pengurusan hotel n pelancongan akan dpt kolej ape ye ? 😁

    ReplyDelete
  16. Haii..nk tnyaa dkt sana ad badan beruniform ap ye? and ad taekwondo tak?

    ReplyDelete
  17. Haii nk tnya, awk register mcm mna ya utk kolej kediaman(kk) utk next2 sem? Saya student u lain yg akn belajar kat puncak alam. Kk ada disediakan jgk ke utk student postgrad ? tq ya for help

    ReplyDelete
  18. Setiap kolej harga dia berbeza ke?

    ReplyDelete
  19. Nak tanye.. klau masuk matriks senang ke nak masuk Universiti?? Dan kalau dah dot kolej di UITM ianya kekal ke? Atau kene keluar lepas sem 2?

    ReplyDelete
  20. Nak tnya.. Dekat puncak alam adelagi ke degree interior design??

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum, nk tnye kalau guna connectify tu, dah x yah guna wire usb tu ke?

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Admin tahu tak berapa yuran pengajian utk bachelor of sciences education (hons) maths

    ReplyDelete
  24. kalau student baru , macam mana nak tahu dia stay kolej apa ?

    ReplyDelete
  25. Assalam sy nak tanya. Student degree yg nak duduk kolej tu kene ada syarat apa2 ke? Atau semua org blh mintak as long as ada bilik?

    ReplyDelete
  26. Hi, nak tanya macam mana nak mohon hostel ye? For now, tengah odl what if one day kena duduk sekitar uitm and i baru dpt tawaran uitm for master. and i dr uni lain so taktahu apa" pasal uitm langsung 😭

    ReplyDelete
  27. Nak tanya, for Masters student, rambut perlu pendek jugak ke? hehehe sebab dah gumpul rambut 2 tahun ni panjang bahu dah, boleh buat man-bun hahaha macam sayang jugak nak potong

    ReplyDelete
  28. Hello! Im planning to apply for Degree in HR so im wondering, PALAM kampus induk untuk degree HR ke selain Shah Alam lol.

    ReplyDelete
  29. Kalau dari diploma dia x cut sem ke masa degree education

    ReplyDelete
  30. nak tanya boleh? im from Indonesia and get master degree kat puncak alam, bagi perempuan kolej mana yang tak terlalu jauh dari kampus?(tourism management)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Internship: Family Mart?!

First Batch: Kolej Matrikulasi Kelantan..